Baltimore Orioles

Baltimore Orioles (lebih biasa dikenali sebagai O's) merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Baltimore. Orioles bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) East. Sebagai salah satu daripada lapan pasukan pelopor American League pada 1901, pasukan ini telah menghabiskan tahun pertamanya sebagai pasukan MLB di Milwaukee, Wisconsin sebagai pasukan Milwaukee Brewers sebelum mereka berpindah ke St. Louis, Missouri dengan bergelar St. Louis Browns pada 1902. Setelah 52 tahun berada di St. Louis, pasukan ini telah dibeli pada November 1953 oleh aktivis sivil dan pendakwa raya Baltimore, Clarence Miles dan Datuk Bandar Thomas D'Alesandro Jr. Pemilik kini pasukan ialah peguam Peter Angelos. Stadium Orioles ialah Oriole Park at Camden Yards yang telah dibuka pada tahun 1952.[6][7]Orioles telah dipilih sebagai nama pasukan sebagai penghargaan kepada burung rasmi Maryland; ia telah diguna oleh beberapa buah kelab besbol sebelum ini di bandar itu termasuk pasukan pelopor AL lain yang bernama "Baltimore Orioles", yang berpindah ke New York pada 1903 sebelum akhirnya menjadi pasukan Yankees. Nama gelaran pasukan lain termasuklah "O's" dan the "Birds".Kemunculan sulung di Siri Dunia bagi pasukan ini ialah pada tahun 1944 apabila Browns tewas kepada St.Louis Cardinals. Orioles kemudian melakukan enam kemunculan di Siri Dunia dari tahun 1966 sehingga 1983, memenangi tiga daripadanya iaitu pada tahun 1966, 1970 dan 1983. Era tersebut menyaksikan pasukan ini dibarisi beberapa pemain Dewan Kemahsyuran seperti third baseman Brooks Robinson, outfielder Frank Robinson, starting pitcher Jim Palmer, first baseman Eddie Murray, shortstop Cal Ripken Jr. dan pengurus Earl Weaver. Orioles telah menjuarai sembilan siri divisyen (1969, 1970, 1971, 1973, 1974, 1979, 1983, 1997, 2014), tujuh pennant AL (1944 semasa di St. Louis, 1966, 1969, 1970, 1971, 1979, 1983), dan tiga wild card (1996, 2012, 2016). Pasukan ini merupakan pasukan pelopor AL terakhir yang menjuarai pennant dan pasukan pelopor terakhir yang berjaya memenangi Siri Dunia.Selepas 14 rekod musim kekalahan berturut-turut antara tahun 1998 dan 2011, pasukan ini akhirnya layak ke postseason sebanyak tiga kali di bawah kendalian pengurus Buck Showalter dan pengurus am Dan Duquette. Kelayakan ke postseason termasuk meraih gelaran divisyen dan layak ke American League Championship Series buat kali pertama dalam masa 17 tahun pada tahun 2014. Pada empat tahun kemudian, Orioles merekodkan 115 kekalahan sebagai kekalahan terbanyak buat sejarah pasukan.[8] Orioles mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Showalter dan Duquette selepas musim itu dan menamatkan khidmatnya bersama Baltimore. Pengurus Orioles kini ialah Brandon Hyde manakala Mike Elias pula menjawat jawatan sebagai pengurus am dan eksekutif naib presiden.Dari tahun 1901 sehingga penghujung tahun 2021 rekod menang-kalah pasukan ini secara keseluruhannya ialah 8,845–9,873. Sejak berpindah ke Baltimore pada 1954, rekod Orioles ialah 5,466–5,398 sehinggap penghujung tahun 2022.[9]

Rujukan

WikiPedia: Baltimore Orioles https://www.mlb.com/orioles/news/orioles-announce-... https://www.mlb.com/orioles/history/logos-and-masc... https://www.mlb.com/orioles/news/baltimore-orioles... https://www.baltimoresun.com/sports/orioles/bs-sp-... https://www.camdenchat.com/2013/1/28/3923040/buckl... https://web.archive.org/web/20190418010019/https:/... https://www.chicagotribune.com/sports/baseball/ct-... https://web.archive.org/web/20190418010010/https:/... https://www.citypaper.com/news/features/bcp-040517... https://www.baltimoresun.com/sports/orioles/bs-sp-...